TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU-BAHAGIAN KETIGA






o   Seorang guru perlu belajar cara untuk mengatakan ‘tidak’ atau ‘tidak mahu’ sama ada dalam kehidupan peribadi atau profesional – guru boleh tolak tanggungjawab tambahan jika tidak dapat menghadapi atau melaksanakannya.

o   Cuba elakkan individu yang boleh menyebabkan stress – kurangkan masa berhubung dengan individu yang menyebabkan stress.

o   Berkongsi pandangan dan luaan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.

o   Keluar bersiar-siar dengan rakan sekerja.

o   Guru digalakkan libatkan diri dalam perbincangan atau forum.

o   Menguruskan masa dengan sistematik agar tidak terbeban – jangan cuba capai terlalu banyak tugas dalam masa yang singkat > mutu kerja akan merosot.

o   Berfikir secara positif – sebutkan pemikiran-pemikiran positif setiap hari.

o   Langkah pencegahan pada tahap pengurusan (perubahan dalam persekitaran sekolah) atau pada peringkat individu.

o   Buat intervensi – latihan / sesi pengenduran dilaksanakan untuk peserta meregangkan badan, buat meditasi

o   Bengkel mengenai pengurusan masa, program pementoran untuk guru novis, pengurusan stress aktiviti peningkatan profesionalisme bagi membantu guru cegah burnout.

o   Latihan rekreasi, bengkel urus stress.

o   Guru perlu tingkatkan kecerdasan emosi supaya dapat mengurangkan burnout dan wujudkan suasana kerja yang kondusif.

o   Guru harus punyai kesedaran diri mengawal emosi dan tingkah laku.