ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA-BAHAGIAN 3



Kepelbagaian sosio budaya pelajar haruslah ditangani dengan bijak. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan isi tersebut, antaranya :

1. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai peneraju sistem pendidikan negara. Memastikan sokongan dan pembiayaan secara adil kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, sekolah vokasional dalam usaha bersama untuk meningkatkan taraf pendidikan negara.

2. Mengimbangi penekanan kepada sistem peperiksaan dengan sistem pembelajaran berasaskan pemikiran kritis dan analitikal dengan matlamat mencari kebenaran.
3. Memastikan setiap pelajar yang berkelayakan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira latar belakang.
4. Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif dalam bentuk jaminan kebebasan akademik dan autonomi universiti kearah mempertingkatkan mutu pendidikan setanding dengan negara-negara maju.
5. Memastikan pelantikan naib canselor, rektor, dan lain-lain penjawat tertinggi akademik dilakukan berdasarkan kelayakan dan kelulusan Majlis Senat.
6. Memperbaiki mutu dan kemudahan sekolah yang daif di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak.
7. Meningkatkan mutu pendidikan guru bagi setiap peringkat sekolah dan menambah jumlah guru terlatih mengikut permintaan.
8. Menyediakan peluang latihan peringkat tinggi untuk guru dan pensyarah supaya pengetahuan dan kemahiran profesional mereka sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.
9. Mengkaji kembali skim perkhidmatan guru dan menambah skim rangsangan bagi mereka yang mengajar di pedalaman.
10.  Menyediakan biasiswa berasaskan merit dan bantuan kewangan
 lain berasaskan keperluan dengan keutamaan kepada pelajar
 miskin dari kawasan luar bandar dan pedalaman.
11.  Menekankan betapa mustahaknya pelajar menguasai pelbagai   
 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Cina  
 sebagai bahasa-bahasa utama dunia dan juga bahasa-bahasa
 ibunda.
12.  Menyediakan tempat dan latihan kepada mereka yang
 keciciran.
13.  Meluaskan skop Lembaga Pentauliahan Kebangsaan untuk  
 memantau dan mencadangkan pengiktirafan sijil, diploma dan
 ijazah dari dalam dan luar negara yang memenuhi piawaian
 akademik yang boleh diterima termasuklah sijil dan Diploma
 Muadalah (diploma berkembar).

Cadangan Tangani Kepelbagaian Sosiobudaya

           i.     Sekolah kebangsaan sebagai peneraju
         ii.     Kelayakan pelajar jadi penentuan
       iii.     Pindaan akta
         iv.     Tingkatkan kemudahan
           v.     Tingkatkan mutu pendidikan guru
         vi.     Peluang latihan
       vii.     Biasiswa kepada yang berkelayakan
     viii.     Kuasai pelbagai bahasa

3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat

           I.     teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
         II.     memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
       III.     proses berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Implikasi TMK
a.     penggunaan komputer dalam sistem organisasi yang mampu merubah cara kerja dan penyesuaian pekerja dengan sesuatu tugasan.
b.     menjadikan sesuatu keputusan yang ingin dilaksanakan oleh organisasi menjadi lebih terancang dan telus terutama organisasi yang mempunyai maklumat yang banyak dan terdapat perkara kerahsian.
c.     mampu untuk mengawal selia dengan lebih terancang dan tersusun tanpa wujud kekhilafan dalam perlaksanaannya.
d.     kemampuan sistem komputer yang mempunyai internet dan perkembangan sistem komunikasi juga akan lebih menjurus kearahberkomunikasi secara interpersonal dan bukan secara bersemuka yang lazim dilaksanakan dalam organisasi.


GEJALA SOSIAL
Pengkelasan masalah sosial boleh dipecahkan kepada 3 Bahagian iaitu:
Bahagian I          
Jenis kesalahan jenayah seperti mencuri basikal, melawan guru, bertumbuk sesama pelajar, berjudi dan mencuri kertas soalan ujian.
                                     
Bahagian II        
Jenis kesalahan gengsterisme seperti menjadi ahli kumpulan geng, mengutip duit ‘pau’ daripada pelajar lain, mencari gaduh dengan kumpulan lain, memaksa kumpulan lain untuk menjadi ahli kumpulan dalam geng dan berkelakuan seperti samseng.
                                     
Bahagian III          
Jenis kesalahan kurang sopan dan biadab seperti menghisap serta menyimpan rokok, mengganggu pelajar perempuan, melawan pengawas, bising dalam bilik darjah, minum serta menyimpan minuman keras, berbohong, berambut panjang, mengeluarkan kata-kata lucah, menonton dan menyimpan filem lucah dan lain-lain.

Punca Gejala Sosial
o   Globalisasi dan modenisasi
o   Keruntuhan institusi keluarga
o   Media-massa
o   ICT
o   Kelemahan undang-undang
o   Sikap remaja
o   Sikap ibu bapa


KESIMPULAN

Antara cabaran yang perlu ditangani dan diatasi adalah seperti yang berikut:

o   pemupukan Integrasi Nasional
o   melaksanakan Pendemokrasian Pendidikan
o   menjadikan Tonggak Pendidikan UNESCO sebagai panduan
o   menghadapi Globalisasi Dalam Pendidikan dengan jayanya
o   menangani Kepelbagaian Budaya dengan penuh berhemah
o   menggunakan Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan sepatutnya
o   berjaya mengatasi setiap Gejala Sosial yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di negara ini.