Tujuan
KPM untuk membentuk pembangunan insan yang seimbang adalah untuk :
1.
Memperkembang potensi individu secara menyeluruh
bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (JERI).
2.
Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya
ilmu pelajar.
3.
Membudayakan sains dan teknologi dan
pembelajaran sepanjang hayat.
4.
Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,
berkesan dan bertaraf dunia.
5.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan.
Cabaran
KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang
dengan cara:
1.
memperkembangkan potensi diri bagi setiap
pelajar.
2.
melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai
kemahiran.
3.
membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif
hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi
negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pembangunan modal
insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan:
o kemahiran
komunikasi berkesan.
o kebolehan
menggunakan ICT dengan baik.
o berfikir
secara kreatif dan kritis.
o mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat.
o nilai
yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan
masyarakat.
Pendidikan Seumur Hidup adalah bertujuan untuk:
a. Menyediakan
dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan
kepada kepelbagaian kemahiran.
b. Membangunkan
program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam
industri.
c. Mewujudkan
program e-Latihan.
d. Mewujudkan
persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan
awam.
e. Menggalakkan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan
Berterusan.
f.
Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan
sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan
persendiran bagi program Pendidikan Berterusan.
g. Melancarkan
Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup.
Globalisasi Dalam
Pendidikan:
o Cabaran
globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi yang berikut;
o Keperluan
terhadap pembelajaran berterusan.
o Inovasi
dalam pelaksanaan kurikulum
o Penggunaan
teknologi telekomunikasi dan maklumat.
o Pengurusan
pendidikan.
o Pembentukan
jati diri pelajar.
o Kualiti
guru.
Perlu perubahan
kurikulum. Antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti yang berikut:
a.
Sekolah Bestari
Tumpuan kepada proses pengembangan dan
pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia
b.
Projek Sekolah Net
Penggunaan
komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi
sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada
luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar
c.
Projek Smart Lab
Menggunakan
jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada
pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
d.
Projek Sekolah Vista
Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah
untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara
elektronik dengan rakan dan guru.
Cabaran
membentuk Perkembangan Profesionalisme Guru
• Berupaya
memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas.
•
Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.
• Sentiasa
mengikuti peredaran masa.
• Memahami
perkembangan teknologi.
• Mempunyai
sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif
Fuller (1975) dalam kajian
perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah
laku guru kepada tiga tahap iaitu
- Tumpuan Berkaitan Peribadi
- Tumpuan Berkaitan Tugas
- Tumpuan Berkaitan Kesan.
Hall dan Loucks
(1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan
tersebut kepada tahap berikut
1.
Tumpuan Tiada Berkaitan
*Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan
yang berlaku di sekolah.
2.
Tumpuan Berkaitan Peribadi
* Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk
melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi
kemahiran
dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga,
kesihatan
dan penggunaan masa senggangnya.
3.
Tumpuan Berkaitan Tugas
*Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan
cekap dan sentiasa berusaha
menghasilkan
yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran.
4.
Tumpuan Berkaitan Kesan
* Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya
sebagai pendidik secara holistik dalam
konteks
kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap
kemajuan negara.
Impak Globalisasi Kepada Perkembangan Profesionalisme
Guru
i. Berdaya
saing
ii. Hubungan
sumber pendidikan
iii. Kemahiran
berbahasa
iv. Komunikasi
rentas budaya
v. Produk
dan perkhidmatan
vi. Keupayaan
nilai antarabangsa
vii. Peningkatan
bilangan institusi
viii. Penyebaran
teknologi
ix. Cita
rasa global
Kesan Negatif Globalisasi
i.
Negara lemah ditindas
ii.
Ketidakadilan perkongsian
iii.
Pemantauan yang mendalam
iv.
Permintaan pasaran tenaga kerja
v.
Meminggirkan bahasa melayu
vi.
Terbuka kepada persaingan tidak sihat
vii.
Pengkomersilan pendidikan
viii.
Penafian pendemokrasian pendidikan
ix.
Penghayatan ilmu terhakis